Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

224) PROJEK RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan Projek Rumah Mampu Milik untuk penduduk-penduduk DUN Sg. Pelek?

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pentadbir Tanah Daerah (PTD) bagi kawasan Lembah Klang ketika ini masih lagi mengenalpasti tanah-tanah milik Kerajaan Negeri yang strategik untuk dibangunkan dengan Projek Perumahan Mampu Milik Selangor.

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri masih belum mempunyai perancangan khusus bagi penyediaan rumah mampu milik di DUN Sg. Pelek.

Lampiran

Tiada Lampiran.