Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

77) PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DI KAWASAN SERI KEMBANGAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa projek/jumlah rumah mampu milik yang telah dibina dalam masa 3 tahun lepas?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, masih tiada projek Rumah Selangorku yang dibina di kawasan DUN Seri Kembangan dalam tempoh 2016 hingga 2018. Walau bagaimanapun, terdapat 2 projek dengan 1,189 unit Rumah Selangorku yang berhampiran dengan kawasan DUN tersebut di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) telah siap dibina berhampiran dengan kawasan tersebut dan perincian projek adalah seperti berikut:-

     

     

    Bil

     

    Pemaju / Lokasi

    Jenis / Jumlah Unit Tahun

    Siap Bina

    Pihak

    Berkuasa Tempatan

     

    1

    Rumah Selangorku Jade Hills

    Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat.

     

    714

     

    2019

     

    MPKj

     

     

    2

    Rumah Selangorku Pangsapuri D’Aplinia Taman D’ Alpinia,

    Mukim Dengkil, Daerah Sepang.

     

     

    472

     

     

    2019

     

     

    MPSp

     

    Jumlah Keseluruhan

     

    Jumlah : 1,186

       

Lampiran

Tiada Lampiran.