Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

150) PROJEK RUMAH SAKIT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini Projek Rumah Sakit di Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Kerajaan (KPKT) mendefinisikan Projek Sakit iaitu projek yang mengalami kelewatan melebihi 30% berbanding kemajuan yang sepatutnya atau telah tamat tempoh Perjanjian Jual dan Beli (PJB). Manakala Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) mengklasifikasikan projek rumah sakit di Negeri Selangor sebagai projek terbengkalai. Takrifan projek terbengkalai merupakan projek yang tidak siap dalam atau luar tempoh Perjanjian Jual dan Beli dan tiada sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan selama enam (6) bulan secara berterusan. Mengikut rekod LPHS status terkini projek terbengkalai di Negeri Selangor melibatkan 83 projek masih terbengkalai, manakala 21 projek sedang dipulihkan oleh pemaju, pemaju penyelamat atau pelikuidasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.