Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

97) PROJEK RUMAH SAKIT

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek rumah sakit di Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sentiasa berusaha membantu dalam menyelesaikan masalah projek terbengkalai di Negeri Selangor. Walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri hanya terhad sebagai pemudahcara diantara semua agensi dan secara pentadbiran dalam membantu memulihkan projek terbengkalai yang mana kuasa ini pada dasarnya terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118]. Mengikut rekod KPKT sebanyak 76 projek perumahan swasta terbengkalai yang berlesen dibawah kategori sakit di Selangor. Projek-projek ini adalah dibawah pemantauan Jabatan Perumahan Negara, KPKT.

Lampiran

Tiada Lampiran.