Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

45) PROJEK RUMAH SELANGORKU – PROJEK DAMAISURIA OLEH TTJAYA KOTA DAMANSARA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan agar projek tersebut dapat diteruskan seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan terdahulu di Kota Damansara?

    Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod pentadbiran ini, tiada rekod projek Rumah Selangorku Damaisuria yang dibangunkan oleh pemaju Titijaya Land Berhad di Kota Damansara. Walaubagaimanapun, projek yang mungkin dimaksudkan oleh Yang Berhormat adalah projek Pangsapuri Perkhidmatan Mampu Milik yang dibangunkan oleh anak syarikat pemaju Titijaya Land Berhad iaitu pemaju NPO Builders Sdn Bhd di atas lot tanah jenis perdagangan. Projek tersebut sedang dalam pembangunan dan kini dalam proses memperoleh nama pembeli daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Berikut merupakan perincian pembangunan oleh pihak pemaju: –

     

    Pemaju Nama Projek Lokasi Projek Unit Harga Jualan
    NPO Builders Sdn. Bhd.

    (Anak Syarikat Titijaya Land Berhad)

    Residensi Seiring Di Atas PT 39002 (Dahulunya Lot 85723), Jalan U6 / 20, Seksyen U6, 40150 Shah Alam 294 unit Pangsapuri Perkhidmatan Mampu Milik RM270,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.