PROJEK RUMAH TERBENGKALAI
40) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah projek perumahan terbengkalai yang terdapat di kawasan DUN Sentosa?
Sehingga kini Majlis Perbandaran Klang telah mengenalpasi terdapat 2 projek perumahan terbengkalai di kawasan DUN Sentosa iaitu:
- Lot asal 10349, Jalan Temenggung 35, Off Jalan Kebun, Klang, Selangor (nama pemaju Tetuan Chong Hin Development) untuk projek cadangan pembangunan 8 unit blok apartment kos sederhana, kos sederhana rendah di (1 unit blok terbengkalai (56 unit) dan dalam proses pemulihan semula);
- Lot asal 10509, Jalan Dato’ Dagang 6, Taman Sentosa, Klang, Selangor (nama pemaju Tetuan Jenfort Industries) untuk projek cadangan membina dan menyiapkan rumah teres kos sederhana dan rendah 1 tingkat di atas (34 unit terbengkalai).
