Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

87) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah projek rumah terbengkalai di DUN Teratai dan berapakah sudah diambil alih oleh kerajaan dan pemaju untuk meneruskan pembinaan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, hanya satu projek terbengkalai yang dikenal pasti di
    DUN Teratai iaitu di Bukit Pandan. Projek terbengkalai tersebut ialah dua (2) blok
    Kondominium 15 tingkat yang dikenali Nusa Mewah Villa Kondominium yang
    dibangunkan oleh Tetuan Mudi Angkasa Development Sdn Bhd. Projek ini merupakan
    projek yang telah didaftarkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan
    Pelesenan) 1966 dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan no.
    lesen pemajuan: 8255/06-2006/718 dan di bawah pemantauan KPKT. Pembangunan
    projek ini melibatkan pembinaan 360 unit rumah yang dijual pada harga jualan RM
    132,000.00 seunit dan semua unit telah terjual. Berdasarkan perjanjian jual-beli yang
    ditandatangani pembeli pada tahun 2001, tempoh siap pembinaan adalah selama 36
    bulan daripada tarikh perjanjian yang mana sepatutnya siap pada pertengahan tahun
    2004. Namun demikian, projek ini tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual
    pembangunan yang dirancang disebabkan oleh kenaikan kos pembinaan. Dengan itu,
    kontraktor asal yang telah dilantik telah ditamatkan kontrak pada tahun 2007 yang mana
    ketika itu kerja pembinaan telah mencapai 60 % siap. Dalam usaha meneruskan
    pemulihan projek tersebut, pemaju telah bersetuju melantik kontraktor baru iaitu
    Passlink Sdn Bhd. pada 1 Ogos 2007 dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2008.
    Walau bagaimanapun pada 13 Mac 2008, Mahkamah Tinggi telah mengenakan perintah
    penggulungan ke atas pemaju Mudi Angkasa Development Sdn Bhd dan melantik
    Ferrier Hodgson MH Sdn Bhd sebagai pelikuidasi (liquidator). Sehingga kini, pelikuidasi
    masih belum mengambil tindakan untuk memulihkan projek tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.