Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

218) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI DI KAMPUNG KOSKAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Ini adalah antara projek rumah terbengkalai di dalam DUN saya.apakah status terkini berhubung dengan kelulusan infra?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bermesyuarat pada 18 September 2019 melalui Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri No 49/21/2019 telah meluluskan dan bersetuju supaya Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor meneruskan pembinaan kemudahan infrastruktur luar di tapak Projek Pembesaran Kampung Koskan tanpa menunggu pemberimilikan kesemua lot supaya kemudahan asas tersebut dapat digunakan oleh penduduk sedia ada dengan menggunakan peruntukan Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT).

Lampiran

Tiada Lampiran.