PROJEK TEBATAN BANJIR DI KAWASAN SHAH ALAM

59) PROJEK TEBATAN BANJIR DI KAWASAN SHAH ALAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008, muka surat 165: ÒPada pendapat Audit, pengurusan Projek Tebatan Banjir Negeri Selangor/Lembah Klang - Pembaikan Sg Damansara tidak memuaskan kerana sebahagian daripada L shape drain mengalami kegagalan. JPS bertanggungjawab untuk mengambil tindakan pembetulan dengan segeraÓ. Ulasan Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor, muka surat 83, Para 7.5.1.1(a) menyatakan: ÒSatu jawatankuasa penyelarasan projek tebatan banjir akan dilaksanakan bagi memantau reka bentuk dan pelaksanaan projek mulai tahun iniÓ. Sudahkah jawatankuasa ini ditubuhkan dan siapakah yang menganggotainya?

    Sehingga hari ini beberapa Jawatankuasa telah pun diwujudkan bagi tujuan penyelarasan program tebatan banjir di Negeri Selangor. Jawatankuasajawatankuasa ini diwujudkan untuk menyelaras aktiviti khusus di beberapa peringkat pelaksanaan. Di peringkat perancangan, JPS melaksanakan kajian induk saliran bandar dan diwujudkan jawatankuasa teknikal bagi memantau dan menilai kemajuan kajian tersebut. Ianya dipengerusikan oleh Bahagian Saliran Mesra Alam Ibu Pejabat JPS Malaysia selaku peneraju teknikal dan ahlinya terdiri daripada JPS Negeri Selangor dan JPS Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan dan agensi serta Syarikat-syarikat utiliti yang berkepentingan seperti TNB, IWK dan Syabas. Di peringkat rekabentuk, jawatankuasa teknikal diwujudkan untuk mengulas dan menilai kriteria rekabentuk dan keberkesanan rekabentuk secara terperinci. Di peringkat prapembinaan, taklimat kepada PBT dan agensi kerajaan diadakan bagi mendapatkan maklumbalas serta ulasan. Selain itu, Pejabat EXCO hal Ehwal Islam, Istiadat dan Infrastruktur juga mengadakan mesyuarat-mesyuarat penyelarasan yang khusus bagi projek-projek yang telah dikenal pasti bagi memudahcarakan pelaksanaan ditapak.   

    Kesemua jawatankuasa-jawatankuasa ini bertujuan mengawal pelaksanaan projek dari perancangan sehingga pembinaan dan bagi mendapatkan maklumbalas dari pihak-pihak yang berkepentingan.

Lampiran

Tiada Lampiran.