Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

127) PROJEK TEBATAN BANJIR KAMPUNG SUNGAI SERAI, HULU LANGAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kampung Sungai Serai, Hulu Langat kerap dilanda banjir setiap kali hujan lebat turun dan melibatkan sebahagian besar penduduk di kawasan berkenaan Bertanya kepada Y.A.B DatoÕ Menteri Besar:- a) Apakah status Projek Tebatan Banjir Kampung Sungai Serai ?

    Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Serai telahpun diluluskan pelaksanaannya oleh Kerajaan Negeri dengan peruntukan sebanyak RM4.9 juta. Projek ini kini di peringkat penyediaan rekabentuk terperinci dan penyediaan pelan pengambilan balik tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.