Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

129) PROJEK TENAT DI BAWAH JABATAN KERJA RAYA (JKR)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah syarat yang menyebablan sesebuah projek JKR dikategorikan sebagai projek tenat dan berapa had EOT yang boleh diberikan kepada sesuatu kontraktor projek sebelum ditamatkan kontrak?

    Projek dikategorikan sebagai projek sakit/tenat adalah berdasarkan laporan kemajuan di tapak yang mana kelewatan projek melebihi 60 hari/ 2 bulan daripada jadual sebenar yang telah dirancang.

    Pelaksanaan projek di bawah JKR adalah berdasarkan kontrak piawai Public Work Department PWD 203A dan kelulusan EOT adalah tertakluk kepada Klausa 4.30 Delay and Extension of Time. Di bawah klausa tersebut, tidak dinyatakan had bilangan EOT yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, had kelulusan EOT adalah berdasarkan prestasi kontraktor. Sekiranya masih lagi berlaku kelewatan selepas tempoh EOT, pihak kontraktor akan dikenakan Liquidated Ascertain Damage (LAD).

Lampiran

Tiada Lampiran.