Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

130) PROJEK TENAT DI BAWAH JABATAN PENGALIRAN SELANGOR (JPS)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah syarat-syarat yang menyebabkan sesebuah projek tersebut dikategorikan sebagai projek tenat dan apakah had EOT yang akan diberikan kepada kontraktor sesebuah projek?

    Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan 1PP 2014 PK4 – Pentadbiran Kontrak Dalam Perolehan Kerajaan, perenggan 9(i) “Projek Sakit didefinisikan sebagai projek yang mana kemajuan pelaksanaannya telah mengalami kelewatan melebihi dua (2) bulan atau 20% daripada tarikh atau jadual yang ditetapkan mengikut mana yang terdahulu dan kontraktor tidak berupaya memperbaiki prestasinya.”

    Berdasarkan kepada Arahan Perbendaharaan 201 menyatakan pelanjutan tempoh kontrak untuk kontrak bekalan dan perkhidmatan hanya diberi sekali sahaja dan tempoh maksima adalah sehingga dua(2) tahun.

    Pelanjutan masa bagi Kontrak Kerja dibenarkan tidak dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan 1PP 2014 dan Arahan Perbendaharaan, oleh itu ianya tertakluk kepada Syarat-Syarat Kontrak . Untuk tujuan pengawalan, permohonan hendaklah dikemukakan kepada jawatankuasa terlebih dahulu. Bermakna tiada had lanjutan masa ditetapkan bagi sesuatu kontrak kerja.

    Apabila sesuatu projek itu dijangka mengalami kelewatan dan mempunyai alasan diberi Lanjutan Masa, maka Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa atau Extension Of Time (EOT) boleh dikeluarkan kepada pihak kontraktor sekiranya ia didapati layak untuk memperolehinya berdasarkan Syarat-Syarat Kontrak.

    Secara lazimnya JPS Selangor menggunapakai Syarat-Syarat Kontrak JKR 203A Pindaan 1/2010 – Senarai Kuantiti Menjadi Sebahagian Daripada Kontrak dan di dalam borang tersebut, klausa peruntukan Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) ialah pada Klausa 43. Antara sebab-sebab yang dibenarkan untuk kelulusan pengeluaran EOT adalah seperti berikut :-

    • Force Majeure.
    • Keadaan cuaca buruk lebih dari keadaan biasa.
    • Penggantungan kerja
    • Arahan-arahan Pegawai Penguasa berbangkit dari pertikaian dengan tuanpunya tanah berjiran.
    • Pengeluaran Arahan Perubahan Kerja (VO).
    • Kelewatan kontraktor menerima arahan, pelan, aras dan penamaan subkontraktor/pembekal dinamakan dalam tempoh masa yang wajar.
    • Kelewatan kontraktor menerima tapak bina daripada klien
    • Kelewatan dipihak artisan, atau pihak lain yang bukan sebahagian dari kontrak tersebut.
    • Kelewatan bahan/barang binaan yang tidak dapat dijangka oleh Kontraktor.
    • Kelewatan dipihak Subkontraktor/Pembekal Dinamakan (NSC)

Lampiran

Tiada Lampiran.