Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

47) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di taman Alam Perdana Mukim Ijok, pembeli masih belum dapat menduduki rumah walaupun mereka diwajibkan membayar RM500 sebulan sejak 2002. Bolehkan kerajaan negeri memberi penjelasan tentang status projek dan jalan penyelesaian?

    Kerja-kerja membaikpulih telah disiapkan sepenuhnya seperti berikut :-

     

    Jenis rumah – 2,500 unit Pangsapuri Kos Rendah

    Agensi pelaksana – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)

     

    Tarikh C.F.                     – 27.12.2012

     

    Jenis rumah – 1,116 unit Rumah Teres Kos Sederhana 1

    Tingkat dan 2 Tingkat

     

    Agensi pelaksana – Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) Tarikh C.F.                     – 1.10.2013

    Pada masa kini kunci rumah telah diserahkan kepada peneroka dan pembeli yang layak. Pembeli telah diminta untuk menandatangani Perjanjian Jualbeli yang baru dengan pemilik tanah iaitu Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI).

    Kerajaan Negeri tidak pernah mengenakan apa-apa bayaran kepada pemilik rumah di Taman Alam Perdana.

Lampiran

Tiada Lampiran.