Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

33) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan Selangor dalam menyelesaikan masalah projek terbengkalai di Desa Salak Indah dan Kampung Lanjut?

    1. Berdasarkan rekod pentadbiran ini didapati projek di Desa Salak Indah dan Kampung Lanjut tiada direkodkan sebagai projek terbengkalai disebabkan tiada aduan dan laporan daripada mana-mana pihak berhubung masalah projek terbengkalai di kawasan berkenaan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sememangnya amat prihatin dalam usaha menyelesaikan masalah projek terbengkalai di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan sentiasa berusaha mengatasi masalah projek terbengkalai di Selangor termasuklah yang baru dikenal pasti di Desa Salak Indah dan Kampung

     

    Walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri hanya terhad secara pentadbiran dalam membantu memulihkan projek terbengkalai yang mana kuasa ini pada dasarnya terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966. Sehubungan itu, beberapa langkah-langkah proaktif yang akan diambil tindakan oleh Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan projek terbengkalai di Desa Salak Indah dan Kampung Lanjut seperti berikut :

     

    1. Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang terdiri daripada

    Y.B. Penasihat Undang-Undang, Pengarah Eksekutif LPHS, Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Insolvensi/Liquidator, Jawatankuasa Pembeli/Pemilik Rumah dan Bank terlibat yang mana dipengerusikan oleh saya sendiri telah dilaksanakan secara berjadual sejak tahun 2011 bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai. Jawatankuasa ini yang diurusetia oleh LPHS juga memainkan peranan penting dalam merangka pelan pemulihan di samping membuat penilaian semula projek terbengkalai sama ada projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan.

    1. Membantu pembeli menubuhkan jawatankuasa bertindak supaya tindakan yang diambil dapat diselaraskan dengan pihak berkuasa dan badan yang terlibat di mana persetujuan untuk memulihkan perlu diperoleh daripada sekurang-kurangnya 85% daripada

     

    • LPHS juga akan mengadakan perbincangan dengan pemaju terbabit bersama semua jabatan teknikal termasuk pihak bank sekiranya projek

     

    tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan dengan tujuan mempercepatkan kaedah pemulihan projek dengan mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang minima tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan.

     

    1. Bagi pemaju yang menghadapi masalah kewangan, LPHS akan mengatur pertemuan dengan pembiaya-pembiaya bagi melihat pendekatan yang sesuai dalam membantu pemaju-pemaju menstruktur semula pembiayaan titian (bridging loan) supaya projek boleh diteruskan. Sekiranya masih gagal dan terdapat pemaju/kontraktor berwibawa yang berminat memulihkan projek berkenaan LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan tersebut kepada KPKT untuk membuat

     

    1. Bagi pemaju-pemaju yang sedang dalam proses atau telah digulung, perbincangan dengan pihak Jabatan Insolvensi Malaysia akan diaturkan dari masa ke semasa untuk menyemak sama ada LPHS boleh mencadangkan mana-mana ‘liquidator’/Pegawai Penerima yang berwibawa bagi mempercepatkan pemulihan semula projek terbengkalai. Bagi projek-projek yang telah diletakkan di bawah ‘liquidator’/Pegawai Penerima pula perbincangan akan dijalankan bersama ‘liquidator’/Pegawai Penerima terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang

     

    1. Bagi projek yang boleh dipulihkan di mana melibatkan kenaikan kos, LPHS akan melantik Juruukur Bahan untuk menilai semula kos pemulihan projek tersebut yang bertujuan untuk memaklumkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli sekiranya projek itu ingin

     

    • LPHS juga memberi khidmat nasihat dan panduan mengenai tindakan yang boleh diambil oleh pembeli untuk membawa kes ke Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)

     

    • LPHS juga akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri tindakan-tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil demi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. Tindakan perampasan tanah boleh dibuat sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (KTN) dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 Kanun yang sama. Selain itu, pengambilan tanah juga dilaksanakan sebagai usaha membolehkan projek terbengkalai dipulihkan semula dan seterusnya dimajukan secara

     

Lampiran

Tiada Lampiran.