Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

117) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kewangan yang diperlukan untuk memulihkan semua projek terbengkalai di seluruh Selangor?

    Jawapan a, b dan c dijawab bersekali.

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2010 terdapat sebanyak 135 projek terbengkalai yang dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor melibatkan 48,623 pembeli. Pembangunan semula projek-projek  perumahan  terbengkalai  merupakan  salah satu program di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor yang diumumkan dalam Bajet 2010. Anggaran kos pemulihan projek sebanyak RM5 bilion diperlukan bagi membaik pulih dan memodenkan perumahan kos rendah di samping menjana ekonomi dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Nilai Pembangunan Kasar (GDV) pula dijangka sebanyak RM 7 bilion hingga RM 9 bilion. Walau bagaimanapun, buat masa ini suntikan dana tidak diperlukan dari Kerajaan Negeri bagi memulihkan projek-projek terbengkalai kerana projek-projek yang dipulihkan adalah bersifat self financing (pembiayaan sendiri) seperti contoh projek Bukit Botak  yang sedang dipulihkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mana ia melibatkan tindakan pengambilan tanah yang membolehkan Kerajaan Negeri menyusun semula pembangunan dengan tawaran unit rumah yang lebih menarik  dan  tinggi  nilainya serta membolehkan pembeli bersetuju menambah wang sendiri untuk menanggung defisit tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.