Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

21) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah projek-projek terbengkalai di Bandar Armada Putra, Pulau Indah sehingga menjejaskan pemandangan para pelancong yang datang ke Star Cruise?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pemaju asal bagi keseluruhan pembangunan projek-projek perumahan di Bandar Armada Putra, Pulau Indah iaitu Tetuan Brisdale Holding Sdn Bhd telah digulung pada 25 September 2008 dan diletakkan di bawah Pelekuidasi (Rimbun Corporate Advisory Sdn Bhd) pada 31 Mac 2010. Berdasarkan rekod Pelekuidasi sebahagian projek-projek perumahan yang terbengkalai ini merangkumi 246 unit rumah bandar yang telah dibeli oleh pemaju baru iaitu Tetuan Casa Quay pada tahun 2013. Manakala merujuk rekod Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebahagian projek perumahan dan komersial yang telah siap dengan CF serta terbiar adalah di bawah tanggungjawab pembeli. Sehubungan itu, untuk menangani isu perumahan terbiar sehingga menjejaskan pemandangan di kawasan berkenaan, Kerajaan Negeri melalui pihak MPK akan menjalankan siasatan serta mengeluarkan notis secara pentadbiran kepada pembeli berkaitan supaya kerja-kerja pembersihan kawasan projek dapat dilaksanakan atas dasar keselamatan penduduk sekitar dan keindahan di kawasan projek terbiar tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.