Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

116) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah projek yang telah di siapkan dan berapa banyakkah belanja digunakan untuk projek tersebut

    Sehingga 31 Mei 2010, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Perumahan,
    Pengurusan Bangunan dan Setinggan telah berjaya menyelesaikan sebanyak 20
    projek yang melibatkan 7,779 unit. Walau bagaimanapun, buat masa ini suntikan
    dana tidak diperlukan dari Kerajaan Negeri bagi memulihkan projek-projek
    terbengkalai kerana projek-projek yang dipulihkan adalah bersifat self financing
    (pembiayaan sendiri) seperti contoh projek Bukit Botak yang sedang dipulihkan oleh
    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mana ia melibatkan tindakan
    pengambilan tanah yang membolehkan Kerajaan Negeri menyusun semula
    pembangunan dengan tawaran unit rumah yang lebih menarik dan tinggi nilainya
    serta membolehkan pembeli bersetuju menambah wang sendiri untuk menanggung
    defisit tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.