Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

74) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah terkini yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah projek terbengkalai yang terletak di hadapan Damen, antara simpang Persiaran Kewajipan-Persiaran Subang Permai?

    Masalah projek terbengkalai ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Projek Terbengkalai dan Bangunan Bermasalah sejak tahun 2009 tetapi gagal diselesaikan kerana pemilik tidak memberi kerjasama dan gagal hadir ke mesyuarat.

    Siasatan pegawai MPSJ mendapati pemilik baharu tanah tersebut adalah Standard Harvest Sdn Bhd. Sehubungan dengan itu, MPSJ telah memanggil pemilik baharu untuk hadir ke mesyuarat jawatankuasa berkaitan tetapi gagal.

    Terkini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Projek Terbengkalai dan Bangunan Bermasalah Bil.3/2019 bertarikh 7 Oktober 2019, ahli-ahli mesyuarat telah mencadangkan supaya surat jemputan dihantar kepada individu ahli lembaga pengarah syarikat tersebut dan bukannya kepada syarikat.

    Pihak MPSJ telah mengenalpasti ahli-ahli lembaga pengarah tersebut dan surat makluman kepada mereka telah dikeluarkan pada 18 Oktober 2019 memohon maklumat berkaitan pembangunan yang akan dilaksanakan ke atas projek terbengkalai berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.