Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

163) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan Projek-projek terbengkalai, status, tindakan semasa dan anggaran tempoh penyelesaian dalam Pentadbiran MPAJ

    SENARAIKAN PROJEK-PROJEK TERBENGKALAI :

     Perumahan : 4 Projek

     

    • Cadangan Membina 1 Blok Pangsapuri Kos Sederhana Rendah (PKSR)

    11 Tingkat Yang Mengandungi 120 Unit Dengan Kemudahan Awam Seperti Surau, Tadika Dan Dewan Serbaguna Serta Tempat Letak Kereta Di Tingkat Basemen, Di Atas Lot 648, 649, 824 Dan 821, Kampung Pasir, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan.

    • Cadangan Membina 1 Blok Pangsapuri Kos Sederhana (PKS) 8 Tkt  Yang Mengandungi 60 Unit Dengan Kemudahan Awam Seperti Surau, Tadika Dan Dewan Serbaguna, Berserta 2 Unit Pencawang Elektrik Di Atas Lot 648, 649, 824 Dan 821, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor.
    • Cadangan Projek Perumahan Taman Kencana 3 untuk membina 47 unit Rumah Link 2 tingkat di atas lot 38123 – 38129, Lot 38131-38144 dan Lot 38145-38129, Mukim Ampang, Daerah hulu Langat, Selangor Darul ( Taman Kencana Fasa 3, Ampang )

    Cadangan 23 Unit Rumah Teres Dan Rumah Kelab, Bukit Antarabangsa Superview Development Sdn.

    Industri:1 Projek

     Cadangan Membina Semula 27  Unit  Kilang  Teres  Dan  Sebuah  Pencawang Eklktrik “Double Chamber” Sub Lot 37434-37442, Jalan Tasek Tambahan 2, Kg. Tasek Tambahan, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat, Selangor.

    TINDAKAN SEMASA DAN ANGGARAN TEMPOH PENYELESAIAN:

    Pihak Majlis akan mengemukakan laporan status projek terbengkalai kepada pihak Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor dan KPKT. Pihak Majlis bersama agensi teknikal akan membantu dari segi penyelarasan tindakan bagi menyelesaikan isu berkaitan.

    Pihak Majlis tidak mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh penyiapan projek terbengkalai. Walau bagaimanapun pihak Majlis akan membuat lawatan pemeriksaan tapak bagi pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.