PROJEK TERBENGKALAI
41) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mendapat maklumat terkini mengenai keputusan mahkamah terhadap Projek Perumahan Taman Lembah Beringin? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Untuk makluman Yang Berhormat, Tetuan Ferrier Hodgson MH Sdn. Bhd. sebagai pelikuidasi telah melantik Legenda Beringin Sdn. Bhd. (LBSB) sebagai pemaju penyelamat melalui proses tender yang telah diadakan namun terdapat pembida lain telah membawa kes ini ke Mahkamah berhubung isu pelantikan pemaju penyelamat berkenaan. Susulan daripada itu, kes tersebut telah difailkan di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah telah menetapkan tarikh pengurusan kes yang dijadualkan akan dibuat pada 6 Disember 2017 (Rabu). Dengan ini, urusan pemulihan projek terbengkalai di Lembah Beringin ditangguhkan sehingga keputusan Mahkamah diperolehi.
