PROJEK TERBENGKALAI DI HULU SELANGOR
29) PROJEK TERBENGKALAI DI HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mendapat maklumat terkini mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Projek Perumahan Taman Lembah Beringin? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Untuk makluman Yang Berhormat, Tetuan Ferrier Hodgson MH Sdn. Bhd. yang bertindak sebagai Pengurus & Penerima yang dilantik oleh RHB Bank sebagai pemegang gadaian telah menjual lot-lot tanah kosong kepada 7 syarikat dan unit-unit terbengkalai yang tiada pembeli dijual kepada Purnari Sdn. Bhd. melalui tender terbuka. Walau bagaimanapun, penjualan tersebut telah dicabar oleh Tetuan Emas Kiara Sdn. Bhd. di mahkamah. Susulan daripada itu, kes tersebut telah dibawa sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah telah menetapkan tarikh baru bagi pengurusan kes yang dijadualkan akan dibuat pada April 2018. Dengan ini, urusan pemulihan projek terbengkalai di Lembah Beringin ditangguhkan sehingga keputusan Mahkamah diperolehi.
