Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

75) PROJEK TERBENGKALAI PROJEK RUMAH SELANGORKU RESIDENSI JAYA

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pembangunan terbaru kes projek terbengkalai projek Rumah Selangorku Residensi Jaya?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pemaju projek Rumah Selangorku Residensi Jaya iaitu Syarikat Jitu Enigma Sdn Bhd telah pun digulung dan usaha untuk mengurus dan memulihkan projek telah diserahkan kepada syarikat Penerima dan Pengurus (P&P) Grant Thorton Consulting Sdn Bhd.

    Syarikat P&P kini masih dalam proses mendapatkan tawaran yang sesuai bagi membaik pulih projek Rumah Selangorku Residensi Jaya. Setakat 1 Julai 2020, syarikat P&P memaklumkan bahawa tawaran memulihkan projek yang diterima daripada pihak yang berminat masih belum cukup untuk memastikan hak pembeli dapat dipulangkan.

    Pihak Kerajaan Negeri telah memohon agar syarikat P&P menyediakan satu (1) kertas cadangan bagi memastikan mereka komited dalam memelihara hak pembeli sebagai salah satu syarat untuk pihak Kerajaan Negeri mempertimbangkan sebarang cadangan pemulihan projek kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.