Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

195) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah keputusan Pejabat Tanah berkenaan cadangan MPSJ untuk merampaskan tanah yang terdapatnya projek terbengkalai selama lebih kurang 30 tahun yang terletak di antara Persiaran Kewajipan dan Persiaran Subang Permai, di sebelah Pusat Beli Belah Damen?

    a)

     

    Pentadbir Tanah Petaling berpandangan bahawa adalah wajar supaya cadangan tindakan pelucuthakan ke atas bangunan yang ditinggalkan usang ini

    dikaji dan diteliti terlebih dahulu. Lot yang dimaksudkan adalah Lot 42484, GRN

    158578, Mukim Damansara, Daerah Petaling milik tetuan Standard Harves Sdn.

    Bhd. Semakan cukai telah dibuat dan mendapati tiada tunggakan pembayaran

    cukai tanah. Tindakan pelucuthakan tanah hak milik perlu dilaksanakan betul

    dengan mematuhi ketat semua kehendak-kehendak mandatori di dalam Kanun

    Tanah Negara. Suatu prosedur khas berkaitan perkara ini perlu diwujudkan untuk dijadikan panduan bagi mengelakkan tuntutan kecuaian dan perlanggaran tugas statutori terhadap  Pejabat Tanah.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.