Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

40) PROJEK TERNAKAN KUPANG

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah matlamat utama projek tersebut dilaksanakan dan kemukakan kawasanÐkawasan yang dikenal pasti serta berapakah jumlah keluasannya?

    Akuakultur merupakan salah satu industri yang semakin berkembang di Malaysia
    dan ia telah dikenal pasti mampu meningkatkan pengeluaran protein berasaskan
    perikanan. Memandangkan negara berpotensi untuk maju dalam industri ini,
    maka Kerajaan telah menyediakan pelbagai peruntukan bagi merangsang minat
    penternak/bakal penternak. Secara amnya akuakultur terdiri dari komoditi ikan,
    udang dan kerang-kerangan yang hidup dalam medium air tawar, air laut (marin)
    dan air payau. Selain dari ternakan ikan dan udang, antara yang semakin
    mendapat tempat ialah ternakan kerang-kerangan seperti kerang, siput sudu
    (kupang), tiram dan siput mentiah (abalone). Kerang merupakan spesies yang
    biasa dan diternak secara komersial di perairan negara. Manakala bagi kerangkerangan lain, ternakan masih dibuat secara kecil-kecilan. Namun demikian,
    kupang berpotensi untuk dibangunkan secara komersial memandangkan
    pasaran domestik yang semakin meningkat serta pasaran antarabangsa yang
    luas.
    Bagi negeri Selangor, ternakan kupang masih di peringkat percubaan dengan
    tujuan utama untuk menambah pengeluaran akuakultur di samping
    meningkatkan pendapatan penduduk sekitar kawasan pantai terutama nelayan.
    Ia juga merupakan salah-satu ‘exit plan’ bagi mengurangkan aktiviti pukat tunda
    tanpa lesen di perairan Selangor.
    Antara kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sesuai untuk aktiviti ternakan
    kupang ialah:
    1) Perairan laut Sungai Sembilang, Kuala Selangor – 30 hektar
    2) Perairan laut Sungai Buloh, Kuala Selangor – 30 hektar
    3) Perairan laut Sungai Banting, Sabak Bernam – 30 hektar
    4) Perairan laut Bagan Lalang (sebelah utara, Sepang – 30 hektar
    Aktiviti ini tidak melibatkan kos makanan (yang merupakan 50-60% kos operasi)
    dan pemberian makanan kerana kupang mendapat makanan terus dari
    persekitarannya (air). Benih juga diperolehi secara semula jadi. Ini membolehkan
    penternak menjalankan aktiviti tanpa perbelanjaan yang besar. Penternak hanya
    perlu menjaga ternakan iaitu pembersihan kawasan/tali ternakan, ini
    membolehkan aktiviti dijadikan pekerjaan sampingan yang boleh menambah
    pendapatan. Selain dari menjual kupang segar dengan harga sekitar RM2.50/kg,
    pendapatan juga boleh ditambah sekiranya penternak mengopek isi kerang
    untuk dijual segar dengan harga RM9.00/kg. Kawasan ternakan kupang juga
    boleh dijadikan sebagai salah-satu aktiviti agro-pelancongan dan secara tidak
    langsung ia boleh membantu dalam penambahan populasi ikan di sesuatu
    kawasan.
    Sehingga kini, kebanyakan kupang dipasarkan dalam bentuk segar di pasarpasar utama dan restoran-restoran makanan laut. Namun bagi meningkatkan
    hasil jualan, ia juga ditambah nilai kepada produk seperti isi kupang kering,
    maruku kupang, keropok perisa kupang dan produk kupang yang ditinkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.