Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

65) PROJEK USAHA SAMA ANTARA KERAJAAN NEGERI DAN SEKTOR SWASTA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jenis projek dan jumlah nilai projek usaha sama antara Kerajaan Negeri Selangor dan sektor swasta daripada tahun 2007-2011?

    1. Kerajaan Negeri Selangor sangat menggalakkan usaha sama dengan pihak swasta  sama ada Kerajaan Negeri Selangor dan anak syarikat Kerajaan Negeri    Dalam tempoh tahun 2007 hingga 2011, terdapat sebanyak 26 jenis projek telah dilaksanakan secara usaha sama Kerajaan Negeri Selangor dan anak syarikat bersama pihak  swasta yang di anggarkan bernilai Ringgit Malaysia : Satu Bilion Empat Ratus  Lima Puluh Empat Juta Lima Ratus Tujuh Empat Ratus Ribu Dua Ratus Sembilan Puluh Dan Empat Puluh Enam Sen (RM1,454,574,290.46). Projek-projek ini melibatkan pembangunan hartanah, perumahan, perniagaan, penyelenggaraan, perlombongan, bahan batuan/mineral, penyewaan dan pertanian yang melibatkan Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri merangkumi Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Darul  Ehsan  Berhad (KDEB)/Kumpulan Peransang Selangor Berhad (KPSB), Yayasan Selangor (YS) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) .

Lampiran

Tiada Lampiran.