Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

18) PROJEK YANG TIDAK DISOKONG OLEH SYABAS

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah projek pembangunan yang masih tidak dapat memperolehi sokongan teknikal oleh pihak SYABAS di Selangor mengikut PBT dan nyatakan sebabnya?

    Jumlah keseluruhan permohonan yang telah ditangguhkan dari Januari 2012 sehingga Mei 2012 adalah sebanyak 162 permohonan, di mana kedudukan mengikut Daerah/PBT adalah seperti berikut:-.

           
    Bil   Daerah   PBT   Jumlah
           
    1 Petaling Majlis Bandaraya Petaling Jaya Majlis Perbandaran Subang Jaya 37
    2 Klang Majlis Perbandaran Klang

    Majlis Bandaraya Shah Alam

    30
    3 Gombak Majlis Perbandaran Selayang

    Majlis Perbandaran Ampang Jaya

    5
    4 Hulu Langat Majlis Perbandaran Kajang

    Majlis Perbandaran Ampang Jaya

    39
    5 Sepang Majlis Perbandaran Sepang 12
    6 Kuala Langat Majlis Daerah Kuala Langat 18
    7 Kuala Selangor Majlis Daerah Kuala Selangor 4
    8 Hulu Selangor Majlis Daerah Hulu Selangor 0
    9 Sabak Bernam Majlis Daerah Sabak Bernam 0

    SYABAS telah menangguhkan kelulusan ke atas permohonan kebenaran merancang dan punca bekalan air dari pemaju-pemaju berdasarkan dakwaan SYABAS terdapat masalah kekurangan kapasiti bekalan air yang boleh dibekalkan oleh loji-loji rawatan air bersih sedia ada. Menurut laporan yang diberikan oleh pihak SYABAS, loji-loji rawatan air sedia ada tidak mampu untuk menampung pengeluaran overloaded yang berterusan. Kawasan pembangunan yang terjejas berikutan daripada penangguhan ini adalah seperti di Klang, Petaling, Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Gombak.

Lampiran

Tiada Lampiran.