Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

75) PROMOSI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah kerajaan negeri telah lakukan untuk mempromosi program tersebut ?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Selangor telah bersedia melalui perancangan strategik promosi pelancongan bagi menyokong kempen Melawat Malaysia 2020 seperti yang berikut:

     

    1. Meningkatkan Penyertaan Siri Promosi Pelancongan Dalam dan Luar Negara;
    2. Penganjuran Program FAM Trip Yang Lebih ‘Market-Focused’;
    • Penganjuran Acara Pelancongan Bertaraf Antarabangsa di Negeri Selangor;
    1. Memperkasakan Kempen Promosi Pelancongan dan Pengiklanan Pelancongan Negeri;
    2. Memberi Penekanan Kepada Segmen Pelancongan Fokus

     

    PERINCIAN STRATEGI:

     

    1. Bagi meningkatkan penyertaan siri promosi pelancongan dalam dan luar negara, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dan UPEN telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan menyertai beberapa siri promosi di luar negara seperti World Tourism Mart (WTM) London, ITB Berlin, Arabian Travel Market (ATM) Dubai, dan beberapa lagi yang akan dikenalpasti oleh pihak Tourism Malaysia.

     

     

    1. Penyertaan Kerajaan Negeri di peringkat Antarabangsa akan lebih memberi fokus kepada strategi B2B (Business to Business) & B2C (Business to Consumer) bertujuan untuk meningkatkan kedatangan pelawat dan pelancong ke negeri Selangor melalui pendedahan, penjualan pakej pelancongan dan kerjasama yang akan dimeterai bersama operator pelancongan di luar negara. Kerajaan Negeri juga akan memperkasakan “Sales Mission” mengikut pasaran fokus pelancongan Negeri Selangor seperti Jepun, India dan China. Program ini juga akan dipanjangkan kepada pasaran yang baharu seperti Eropah, Timur Tengah dan Australia. Bagi pasaran domestik pula, penyertaan di dalam program expo promosi seperti MATTA Fair, MITA Fair Program Promosi Jelajah Negeri dan Skuad Kembara Sekolah akan  dipergiatkan lagi.

     

    1. Seterusnya, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor akan bekerjasama dengan pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penggiat industri pelancongan dan kebudayaan di dalam penganjuran FAM Trip bersama media dan operator agensi pelancongan untuk melawat, melihat dan merasai sendiri pengalaman produk pelancongan yang berpotensi di Negeri Selangor. Pendekatan kaedah FAM Trip yang lebih kreatif dan bersahaja dengan penyertaan Media Influencer serta Key Opinion Leader (KOL) diyakini akan memberi liputan, impak dan pulangan yang lebih besar kepada Kerajaan Negeri secara menyeluruh.

     

    1. Bagi perancangan tahun 2020, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor turut menyasarkan penganjuran acara pelancongan bertaraf antarabangsa seperti Selangor International Indigenous Art Festival 2020, Malaysia Women Marathon 2020, Selangor TwinCity Marathon 2020, Tourism Selangor Golf Championship 2020, Selangor Raja Muda International Regatta 2020, Golf Open 2020, Retromania Gathering dan Wings of KKB 2020 yang terbukti memberi impak kepada keseluruhan kedatangan pengunjung domestik dan luar negara. Kerajaan Negeri juga akan memberikan sokongan di dalam penganjuran acara Super GT Malaysia 2020 di SIC Sepang pada 17 & 18 Julai 2020 yang dijangka akan menarik ramai pelancong diperingkat antarabangsa dan rantau Asia Tenggara.

     

    1. Bagi memastikan impak dan tumpuan industri pelancongan negeri terus dipacu dengan padu dan sistematik, Kerajaan Negeri terus menerus komited dan akan melancarkan kempen Tahun Melawat Selangor 2021 di atas kesinambungan kempen Melawat Malaysia 2020.

     

     

    1. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri akan memperkasakan kempen pengiklanan di media cetak dan elektronik di peringkat domestik dan antarabangsa seperti:
    2. Pengiklanan Billboard ‘Unipole’ di 5 lokasi strategik termasuk Langkawi, Penang, Melaka, Johor Bharu dan Perak;
    3. Pengiklanan Digital Out Of Home di tujuh (7) lokasi strategik termasuk KLIA, KLIA2, Kota Kinabalu International Airport, Stesyen Utama ETS dan BTS, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah serta di sepanjang Lebuh raya Persekutuan;

    iii.      Pengiklanan Digital menerusi platform KLIA TV di KLIA dan KLIA2;

    1. Pengiklanan di pesawat penerbangan termasuk Internal Compartment Wrap; serta
    2. Promosi media sosial termasuk Facebook, Instagram, Google, serta WeChat dan Weibo dalam bahasa asing bagi segmen pasaran luar negara.

     

    Perancangan aktiviti promosi ini akan diperincikan mengikut kesesuaian dan kemampuan kewangan semasa bagi memastikan kempen promosi pelancongan mempunyai nilai pulangan ROI (Return of Investment) yang tinggi dan berkesan.

     

    1. Melalui Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri telah mengenal pasti beberapa segmen pelancongan yang berpotensi menarik lebih banyak pelancong berkunjung dan melawat ke Negeri Selangor. Antaranya adalah:-

     

    1. Pelancongan Sukan Golf
    2. Pelancongan Perubatan dan Kesihatan (Medical & Wellness)

    III. Pelancongan Cruise (Kapal Persiaran Mewah)

     

    1. Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri juga menyasarkan untuk memperkasakan serta menjenamakan Negeri Selangor sebagai pusat pelancongan golf utama negara dan memberi tumpuan dan sokongan kepada penganjuran kejohanan golf bertaraf antarabangsa.

     

    1. Kerajaan Negeri juga akan memberi fokus kepada aktiviti promosi pelancongan perubatan dan kesihatan dengan kerjasama MHTC (Malaysia Healthcare Tourism Council) dalam beberapa penganjuran program promosi tempatan mahupun antarabangsa seperti pameran expo pelancongan, FAM Trip dan Majlis Anugerah.

     

    1. Selari dengan agenda Klusterisasi Ekonomi Negeri Selangor, Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri akan memberikan fokus terhadap pelancongan pelayaran mewah (Cruise Tourism) yang telah dikenal pasti di bawah Kluster Pelabuhan dan Maritim. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri bercadang untuk membina Pusat Informasi Pelancongan (TIC) di BCC, Klang pada tahun 2020 yang dijangka akan memberi liputan, pendedahan dan nilai tambah kepada industri pelancongan negeri untuk jangka masa panjang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.