Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

100) PROSEDUR MERIZABKAN TANAH KERAJAAN UNTUK TUJUAN AWAM

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur permohonan merizabkan tanah kerajaan untuk maksud awam di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara seperti untuk sekolah, balai bomba, balai polis dan klinik kesihatan?

    Proses perizaban perlu mematuhi Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN) berpandukan kepada Manual Kanun Tanah Negara 1965. Permohonan perizaban akan melalui empat (4) proses iaitu :

    • Terima permohonan dan penyediaan kertas ringkasan di Pejabat Daerah dan
    • Permohonan perlu diangkat kepada PTG Selangor untuk mendapatkan kelulusan YAB Dato’ Menteri
    • Permohonan perlu memenuhi proses ukur oleh mana-mana jurukur atau Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk pengeluaran Pelan Akui.
    • Permohonan diangkat semula untuk kelulusan YAB Dato’ menteri Besar bagi tujuan persetujuan siar

    Tempoh proses perizaban tanah dianggarkan mengambil masa selama 180 hari. Carta Alir Proses Perizaban Tanah seperti di Lampiran A

Lampiran

Tiada Lampiran.