Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

70) PROSEDUR PENUKARAN SYARAT TANAH

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tempoh masa yang akan diambil oleh Pejabat Daerah / Tanah untuk mengeluarkan kelulusannya dengan notis bayaran premium?

    Pada awal tahun 2013, tempoh masa bagi mendapatkan kelulusan dan notis bayaran premium adalah selama 3 (tiga) bulan. Tempoh ini dikira dari tarikh permohonan didaftarkan di Pejabat Tanah sehingga surat kelulusan dikeluarkan kepada pemohon.

    Tempoh masa ini telah berjaya dipendekkan dari 6 (enam) bulan kepada 3 (tiga) bulan selaras dengan Pekeliling Pengarah Tanah Galian Selangor Bil. 2/2012 di mana Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah membuat penilaian tanah awal bagi tujuan permohonan pemberimilikan dan pembangunan tanah di Negeri Selangor.

    Untuk makluman bagi permohonan tukar syarat tanah yang melibatkan

    Kebenaran Merancang, pemohon perlu membuat permohonan Kebenaran

    Merancang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu.  Selepas Kebenaran Merancang diluluskan oleh PBT, pemohon akan memohon tukar syarat tanah berserta pelan yang diperakukan di dalam Kebenaran Merancang kepada Pentadbir Tanah Daerah.

Lampiran

Tiada Lampiran.