Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

194) PROSEDUR PENYELENGGARAN DAN PEMBAIKAN CERUN DAN TEBING SUNGAI DALAM NEGERI

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah -langkah Kerajaan dalam kerja penyelengaraan kerja pembaikan cerun yang berdekatan kawasan perumahan?

    Langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dalam kerja penyelengaraan pembaikan cerun adalah dengan melakukan inventori pengumpulan data maklumat cerun-cerun di setiap PBT. Hasil daripada inventori tersebut cerun-cerun akan dipantau dalam masa dua (2) kali setahun atau sekali setahun mengikut keperluan dan cerun-cerun kritikal akan di selenggara dan dibaikpulih. Notis pemakluman akan status cerun terjejas yang berada di dalam lot milik individu juga akan disampaikan untuk tindakan penyelenggaraan oleh individu berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.