Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

172) WIFI SMART SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa bilangan mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur Digital Negeri yang telah diadakan sepanjang tahun 2019?

    Pada 23 Januari 2019, mesyuarat pertama Jawatankuasa Infrastruktur Digital Negeri Selangor telah diadakan bertempat di Dewan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Y.B. Tuan Ir. Izham selaku Exco Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani menyaksikan syarikat-syarikat telekomunikasi utama di Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersetuju untuk bekerjasama dengan jawatankuasa yang telah ditubuhkan bagi membangunkan inisiatif-inisiatif di bawah “Domain Smart Digital Infrastructure”.

Lampiran

Tiada Lampiran.