Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

172) PROSEDUR TERKINI PENYAMPAIAN SUMBANGAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur terkini penyampaian sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?

    Prosedur yang diamal pada waktu ini bagi melaksanakan penyampaian sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) adalah seperti berikut:

    1. Penama menghantar tuntutan bayaran fasa pertama sebanyak RM1000 di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di daerah yang beliau tinggal dengan mengemukakan borang daftar keahlian (jika belum daftar) serta dokumen lain seperti salinan sijil kematian ahli yang berdaftar, salinan kad pengenalan ahli dan juga salinan kad pengenalan penama.
    2. Petugas pejabat daerah menyemak status pendaftaran pemohon dan nama waris yang direkodkan ke dalam sistem. Petugas akan memastikan rekod ahli telah wujud dan nama waris adalah sama dan mempunyai hubungan yang dibenarkan dan status rekod sudah disemak oleh pihak YAWAS.
    3. Pembayaran fasa pertama (RM1000) dibuat dengan mengisi borang Tuntutan Bayaran yang perlu ditanda tangan oleh penama sebagai perakuan penerimaan bayaran.
    4. Petugas PDT akan merekodkan pembayaran fasa pertama tersebut ke dalam sistem.
    5. Dalam tempoh enam puluh hari (60) selepas itu, pembayaran fasa kedua (RM1500) akan dibuat oleh PDT.
    6. Petugas PDT akan merekodkan pembayaran fasa kedua tersebut ke dalam sistem.

    Prosedur ini telah digunapakai sebaik sahaja DUN Selangor dibubarkan pada 9hb April 2018 dan sehingga kini masih terus dipakai sehinggalah selesai proses penjajaran IPR dalam masa terdekat.

Lampiran

Tiada Lampiran.