Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

275) PROSES PENAWARAN KERJA KONTRAK DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisme yang digunakan untuk melantik kontraktor bagi pelaksanaan projek di Negeri Selangor?

    Pada ketika ini, Kerajaan Negeri sentiasa menekankan agar setiap agensi/jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri mematuhi tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa dalam urusan pelantikan kontraktor iaitu secara perolehan terbuka (sebut harga dan tender). Semua urusan berkaitan perolehan Kerajaan juga hendaklah dilaksanakan berdasarkan amalan tadbir urus baik (good governance practices) dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan Kerajaan seperti berikut:-

    • Akauntabiliti awam (public accountability)
    • Diuruskan secara telus (transparent)
    • Nilai faedah yang terbaik (best value for money)
    • Saingan terbuka (open competition)
    • Adil dan saksama (fair dealing)

    Mekanisme pelantikan kontraktor secara rundingan terus akan hanya dipertimbangkan bagi kes-kes tertentu di mana tatacara perolehan terbuka tidak bersesuaian khususnya bagi perkara-perkara yang ada elemen keperluan mendesak, bagi maksud penyeragaman, satu punca pembekal/pembuat, melibatkan keselamatan strategik, kontrak dengan syarikat bumiputera atau lain- lain justifikasi yang wajar seperti yang digariskan oleh 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) PK7.13 Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Secara Rundingan Terus.

Lampiran

Tiada Lampiran.