Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

87) PROSES PERMOHONAN HPIPT SECARA ONLINE SERTA MAKLUM BALAS PERMOHONAN YANG LAMA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa lamakah jangkaan pemohon menerima maklum balas dan manfaat?

    Pemohon boleh menyemak status terkini permohonan masing-masing secara atas talian dari masa ke semasa.

     

    Notifikasi emel juga dihantar secara janaan sistem. Oleh itu, maklum balas sebenarnya dapat diperolehi dari masa ke semasa sekiranya pemohon membuat semakan.

     

    Jangkaan masa yang diperlukan untuk proses bayaran adalah tiga bulan setelah permohonan yang lengkap diterima.

Lampiran

Tiada Lampiran.