Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

127) PROSES PERMOHONAN MENDAPATKAN GERAN KEKAL

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa lamakah masa yang akan diambil untuk proses permohonan mendapatkan geran kekal?

    1. Dalam keadaan yang biasa di mana semua keperluan maklumat dan dokumentasi telah lengkap, tempoh masa yang diambil untuk proses pengeluaran geran kekal(hakmilik muktamad) adalah 3 bulan dengan mengambil kira proses-proses seperti lawatan tapak, semakan fail, pengesahan Pelan Akui, pemadanan (matchmaking) pelan hakmilik dan pendaftaran hakmilik muktamad.
    2. Pengeluaran hakmilik muktamad adalah penting kerana dengannya semua sempadan tanah dapat dimuktamadkan dan pembangunan tanah dapat dijalankan untuk menjana pertumbuhan ekonomi Negara.
    3. Penukaran hakmilik sementara kepada hakmilik muktamad hendaklah diselesaikan tanpa mengambil kira sama ada ada atau tiada desakan dari pemilik tanah kerana menjadi tanggungjawab PTG/Pentadbir Tanah memandangkan pemilik tanah telah menjelaskan bayaran upah ukur kepada Pejabat PTD/PTJ atau Jurukur Tanah Berlesen (JTB).
    4. Untuk makluman, PTD dan PTGS telah menyelesaikan tunggakan pengeluaran hakmilik muktamad dari tahun 2003 hingga kini sebanyak 389,650 Tunggakan ini berpunca daripada maklumat dan dokumen yang tidak lengkap dan fail tersebut perlu disemak semula ke PTD bagi mendapatkan maklumat dan dokumen yang lengkap
    5. Pasukan Petugas Khas JKPTG (PPK JKPTG) telah ditubuhkan pada 1 Februari 2004 selaras dengan Perakuan 22 yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di bawah strategi Baru Urusan Pentadbiran Tanah dalam usaha menangani dan memyelesaikan tunggakan pendaftaran hakmilik muktamad terutamanya di negeri Selangor. Beberapa langkah proaktif telah dilaksanakan oleh PPK JKPTG termasuklah Operasi Mengesan Fail (OMF) bagi memproses permohonan hakmilik muktamad di Pejabat Tanah dan Daerah seluruh negeri Selangor dan seterusnya memberikan pulangan hasil kepada Kerajaan Negeri melalui bayaran borang Notis 5F.
    6. Bahagian Pendaftaran Hakmilik (Unit QTFT) mula mengambil alih tugas tersebut sepenuhnya pada bulan Ogos 2016 memandangkan perkhidmatan PPK JKPTG berakhir pada 31 Disember 2016. Oleh yang demikian, urusan pendaftaran hakmilik muktamad telah dilaksanakan sepenuhnya oleh PTGS  dan PTD.

    PROSES KERJA PENUKARAN HAKMILIK SEMENTARA KE HAKMILIK MUKTAMAD 

     

     

     

     

     

    6.

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    7.

     

     

     

     

     

     

     

    8.

     

     

     

     

     

    9.

     

     

     

     

     

    10.

     

     

     

     

     

     

     

     

    Teknikal selepas matchmaking dibuat (semakan terakhir) dan diserahkan kepada Unit Kemasukan .

     

    Jika sesuatu kawasan yang telah dinaiktaraf sebagai contoh Mukim dinaiktaraf ke Bandar, unit kemasukan perlu membuat kemasukan naiktaraf kawasan dibuat terlebih dahulu sebelum kemasukan data pengeluaran FT dibuat.

     

    Mengenalpasti syarat nyata tanah untuk mengetahui kadar cukai yang perlu dikenakan ke atas hakmilik tersebut.

     

    Menjana Perserahan untuk dibuat kemasukan data untuk pengeluaran

    FT

     

    Fail diagihkan kepada Pendaftar untuk didaftarkan bagi pengeluaran FT.

     

    Pendaftar menyemak draf kemasukan pengeluaran FT.

    Mendaftar perserahan dan mencetak, menandatangani Notis 5F FT dan pelan B1Tiff.

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    1 hari

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    1 hari

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    11.

     

     

     

     

     

     

     

    Menyerah fail kepada Unit Isihan untuk membuat isihan dokumen (hakmilik dan pelan) dan membuat senarai hakmilik dan minit pemulangan fail kepada PTD.  

     

    1 hari

     

     

     JUMLAH TUNGGAKAN HAKMILIK SEMENTARA YANG BELUM DI BUAT HAKMILIK KEKAL

    BIL PTD JUMLAH

    HAKMILIK

    (HSD)

    DIDAFTARKAN

    JUMLAH HS(D)

    YANG DIDAFTARKAN KEPADA GRN/PN

    BAKI TUNGGAKAN HSD
    1 KLANG 142,396 64,564 77,832
    2 KUALA SELANGOR 43,857 14,223 29,634
    3 KUALA LANGAT 38,251 21,924 16,327
    4 SABAK BERNAM 6,410 3,621 2,789
    5 ULU LANGAT 158,888 70,213 88,675
    6 PETALING 290,472 130,295 160,177
    7 ULU SELANGOR 52,616 30,991 21,625
    8 GOMBAK 78,246 31,826 46,420
    9 SEPANG 43,302 21,993 21,309
    JUMLAH KESELURUHAN 854,438 389,650 464,788

     

Lampiran

Tiada Lampiran.