Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

169) PROSES PERWARTAAN JETI NELAYAN SEKINCHAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses perwartaan tersebut.

    Maklumbalas oleh Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam

    MMKN ke 20/2017 pada 14 Jun 2017 telah meluluskan perizaban di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara bagi tujuan jeti/pelantar ikan di Plot 1 berkeluasan 104,046.812 meter persegi dengan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pegawai Pengawal dan diselenggara oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

    Seterusnya, Pejabat Tanah Sabak Bernam (PTSB) telah mengemukakan Permohonan Ukur (PU) kepada pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)  bagi penyediaan Pelan Akui (PA) pada 11 Julai 2017 sebelum diangkat untuk penyiaran warta.

    Di samping itu,  MMKN ke 20/2017 pada 14 Jun 2017  telah meluluskan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di bawah Seksyen 65, Kanun Tanah Negara ke atas Tanah Rizab Kerajaan Di Bagan Sekinchan, Pekan Sekinchan, Daerah Sabak Bernam bagi tujuan Jeti (Pelantar Ikan) daripada Yeoh Sy Jium (No. K/P: 760824-10-5019) dan 85 pemohon lain.

    Walaubagaimanapun, Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Kawasan Sekinchan melalui surat bertarikh 5 Julai 2017 telah mengemukakan surat rayuan untuk pengecualian denda yang dikenakan di bawah Pekeliling PTGS Bil. 4/2015 terhadap kelulusan LPS tersebut. PTSB telah mengemukakan minit bebas untuk pertimbangan MMKN pada 7 Julai 2017 berhubung perkara ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.