Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

140) PUBLIC DRINKING POLICY (PDP)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah PDP telah diwartakan di Selangor?

    Tiada Public Drinking Policy (PDP) di wartakan di Negeri Selangor dan tiada Undang-Undang Kecil (UUK) di peringkat PBT yang khusus bagi mengawal orang awam meminum arak di kawasan terbuka. Walau bagaimanapun, pihak polis boleh mengambil tindakan berdasarkan aduan sekiranya mereka membuat kacau ganggu di kawasan awam. Bagi orang Islam, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 ada memperuntukkan undang-undang di bawah Seksyen 18 (1) dan (2) terhadap orang islam yang didapati bersalah terlibat dengan arak. Manakala bagi orang bukan Islam pula tiada spesifikasi undang-undang tersebut. Namun terdapat satu garis panduan penjualan minuman keras yang digunapakai setiap PBT kepada peniaga minuman keras meliputi perkara-perkara berikut:-

    1. Mensyaratkan peniaga meletakkan papan tanda larangan menjual minuman keras bagi orang yang berumur 18 tahun ke bawah;
    2. Menetapkan jarak lokasi premis perniagaan minuman keras daripada rumah ibadat (masjid, surau, kuil, tokong), pejabat kerajaan, sekolah, hospital dan kawasan perumahan;
    3. Mensyaratkan waktu operasi penjualan minuman keras mengikut waktu yang dibenarkan contohnya sehingga jam 12.00 malam; dan
    4. Mensyaratkan peniaga untuk memastikan pelanggan tidak minum minuman keras di hadapan premis dan tempat

     

Lampiran

Tiada Lampiran.