Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

105) PUNCA KEJADIAN KEBAKARAN UPTOWN SEKSYEN 24 SHAH ALAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah punca-punca kebakaran di Uptown Seksyen 24 pada 15 Oktober 2014 yang lalu?

    Berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik, kebakaran berlaku pada jam lebih kurang 2.30 pagi yang berpunca dari litar pintas Kebakaran ini bermula di lot bahagian belakang lot FB20 dan telah merebak dengan pantas ke seluruhan bahagian bangunan Blok B. Seramai 154 peniaga terlibat dengan 187 unit gerai telah musnah terbakar semasa kejadian

Lampiran

Tiada Lampiran.