Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

190) PUSAT AKTIVITI BELIA DAERAH

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan pusat-pusat untuk para belia melakukan aktiviti dan program mereka mengikut daerah?

    Kerajaan Negeri telah menyediakan pusat-pusat untuk para belia melakukan aktiviti dan program mereka melalui kemudahan pusat beriadah terutama untuk menggalakkan para belia aktif bersukan bagi melahirkan belia yang sihat melalui penyediaan baikpulih kemudahan infrastruktur seperti gelanggang bola sepak, gelanggang futsal, gelanggang sepak takraw dan sebagainya. Kemudahan tersebut disediakan mengikut zon di mana setiap zon diperuntukkan sebanyak RM20,000.00 bagi tujuan tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.