Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

38) PUSAT AKTIVITI BELIA TEMPATAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan pusat aktiviti belia tempatan sebagai pusat riadah anak muda?

    Kerajaan Negeri merancang untuk menyediakan pusat-pusat untuk para belia melakukan aktiviti dan program mereka melalui kemudahan pusat beriadah terutama untuk menggalakkan para belia aktif bersukan bagi melahirkan belia yang sihat dengan membina Dataran Anak Muda bagi setiap DUN. Sehingga kini, sebanyak 30 Dataran Anak Muda telah dibina melalui Geran Selangorku seperti jadual  di bawah :-

    BIL. NAMA PROJEK DUN
    1. Cadangan kerja-kerja membina dan menyiapkan sebuah gelanggang sukan serbaguna futsal, bola jaring dan sepak takraw termasuk dataran dan lain-lain yang berkaitan di Bandar Baru Puncak Alam Jeram
    2. Cadangan kerja-kerja membina dan menyiapkan sebuah gelanggang sukan serbaguna futsal, bola jaring dan sepak takraw termasuk dataran dan lain-lain yang berkaitan di Pekan Bestari Jaya Ijok
    3. Kerja-kerja pembinaan gelanggang serbaguna futsal di Taman Kota Sungai Rambai, Daerah Kuala Langat Sijangkang
    4. Kerja-kerja pembinaan gelanggang serbaguna futsal di Kampung Batu Laut, Daerah Kuala Langat

     

    Tanjung Sepat
    5. Cadangan kerja-kerja membina dan menyiapkan sebuah gelanggang sukan serbaguna futsal, bola jaring dan sepak takraw termasuk dataran dan lain-lain yang berkaitan di Padang Astaka Tg Karang Sungai Burong
    6. Pembinaan Gelanggang Futsal dan Bola Jaring di Pejabat SUK Selangor Kota Anggerik
    7. Kerja-kerja membaikpulih/membina gelanggang sukan serbaguna dan dataran anak muda di Pekan Meru Meru
    8. Membina dan menyiapkan sebuah gelanggang sukan serbaguna futsal, bola jaring dan sepak takraw termasuk dataran dan lain-lain yang berkaitan di Taman Jati Mukim Rawang 1 Rawang
    9. Membina dan menyiapkan sebuah gelanggang sukan serbaguna futsal, bola jaring dan sepak takraw termasuk dataran dan lain-lain yang berkaitan di Jalan H1, Taman Melawati, Mukim Hulu Kelang Hulu Kelang
    10. Membina sebuah padang futsal di Padang Permainan Seksyen 1, Kajang Utama Bangi
    11. Pembinaan gelanggang futsal/ takraw/ badminton di Jalan Pandan 8/Jalan Pandan 7, Pandan Jaya Cempaka
    12. Cadangan kerja-kerja membina dan menyiapkan sebuah gelanggang sukan serbaguna futsal, bola jaring dan sepak takraw termasuk dataran dan lain-lain yang berkaitan di Kg. Parit Serong Permatang
    13. Kerja-kerja membina gelanggang serbaguna dan dataran anak muda di kawasan bersebelahan dewan orang ramai Sungai Pelek Sungai Pelek
    14. Cadangan kerja-kerja membina dan menyiapkan sebuah gelanggang sukan serbaguna futsal, bola jaring dan sepak takraw termasuk dataran dan lain-lain yang berkaitan di Kawasan Kampung Sekolah/Taman Seri, Batang Kali Batang Kali
    15. Kerja-kerja membina gelanggang sukan serbaguna dan dataran anak muda di Jalan Dato’ Dagang 17A, Taman Sentosa Sri Andalas
    16. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna di Gugusan Semarak Seksyen 4, Kota Damansara Kota Damansara
    17. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna dan dataran anak muda berhampiran masjid dan dewan di Kg Kanchong Tengah Morib
    18. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna dan dataran anak muda di Jalan 1, Taman Ampang Jaya Bukit Antarabangsa
    19. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna dan dataran anak muda berdekatan dengan Tasek Biru Kuang Kuang
    20. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna dan dataran anak muda di Taman Kantan Permai Kajang
    21. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna dan Dataran Kejat di DUN Bukit Lanjan, Taman Kayu Ara Indah Bukit Lanjan
    22. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna dan dataran anak muda di Taman Sri Nanding Dusun Tua
    23. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna dan dataran anak muda di Taman Bidara, Selayang Taman Templer
    24. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna dan dataran anak muda di Kg. Baru Batu Caves Batu Caves
    25. Membina dan menyiapkan dataran anak muda di Kampung Tasek Tambahan, Ampang Lembah Jaya
    26. Pembinaan gelanggang serbaguna di Jalan PU 2/29 Taman Puncak Jalil Seri Kembangan Seri Serdang
    27. Pembinaan gelanggang serbaguna di Padang Mahkota, Banting Teluk Datok
    28. Pembinaan gelanggang serbaguna di Kampung Pasir Baru, Semenyih Semenyih
    29. Membina gelanggang bola keranjang baru di Taman Maju Jaya Cheras, antara Lorong Bunga Melati 1A dan Lorong Bunga Melor 3. Teratai
    30. Pembinaan gelanggang serbaguna di kawasan lapang sebelah Dewan Meranti, Bandar Bharu Sg Buloh Paya Jaras

Lampiran

Tiada Lampiran.