Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

49) PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pusat asuhan kanak-kanak yang berlesen di Selangor mengikut PBT.

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempertimbangkan permohonan pendaftaran Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) mengikut daerah di mana TASKA berkenaan beroperasi. Jumlah TASKA berdaftar mengikut daerah di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    BIL. DAERAH BIL. TASKA
    1. Petaling 347
    2. Klang 93
    3. Hulu Langat 226
    4. Gombak 129
    5. Sepang 90
    6. Kuala Selangor 41
    7. Hulu Selangor 88
    8. Kuala Langat 76
    9. Sabak Bernam 11
      JUMLAH 1,011

    Jadual 1: Jumlah TASKA Berdaftar Di Negeri Selangor Sehingga Mulai 2013 hingga Julai 2018

Lampiran

Tiada Lampiran.