Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

61) PUSAT CUCI KERETA TANPA KELULUSAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jawapan soalan sidnag dewan yang lalu menyatakan terdapat 653 buah pusat cuci kereta tanpa kelulusan giat beropesai di seluruh negeri. Nyatakan perancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.

    Operasi membanteras cuci kenderaaan tanpa kelulusan sering  dijalankan  oleh  PBT di mana pengusaha akan dikenakan kompaun di atas kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan cuci kenderaan tanpa kelulusan. Barang-barang yang digunakan dalam aktiviti cuci kenderaan akan disita dan PBT akan memastikan tiada tuntutan diluluskan oleh pemilik ke atas barang-barang yang telah disita bagi mengelakkan pemilik menggunapakai semula barang-barang tersebut untuk meneruskan aktivitinya semula.

    Selain daripada itu, pihak PBT boleh mengeluarkan notis pemutihan supaya peniaga tanpa kelulusan memenuh isyarat-syarat kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan atau Permit Tahunan KM dan Bangunan sekiranya ingin meneruskan operasi pusat cuci kereta dan berada di lokasi yang boleh diluluskan.

    Operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Imigresen, PDRM dan KPDNKK dilaksanakan secara berkala. Ini memandangkan kebanyakan pengusaha pusat cuci kenderaan tanpa kelulusan menggunakan perkhidmatan warga negara asing sebagai pekerja di pusat tersebut. Dalam operasi tersebut, mana-mana pekerja warga asing yang tiada dokumen atau menyalahgunakan pas akan diambil tindakan oleh pihak Jabatan Imigresen.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.