Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

141) PUSAT DIALISIS RAKYAT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah Pusat Dialisis Rakyat yang telah ditubuhkan di Negeri Selangor? Sila senaraikan lokasi-lokasi pusat tersebut

    1. Pada masa ini, belum ada Pusat Dialisis Rakyat yang ditubuhkan. Pelaksanaan program ini masih diperingkat awal. Mengikut kajian lebih daripada 3,000 orang rakyat Malaysia didiagnosis dengan kegagalan buah pinggang peringkat terakhir pada setiap tahun. Malah hari nini, lebih daripada 15,000 orang rakyat Malaysia dikatakan bergantung pada mesin dialisis dan bilangan ini dijangka akan meningkat kepada 20,000 pada tahun 2010 ini. Namun begitu, Kerajaan Negeri tidak akan tergesa-gesa dalam perlaksanaannya. Kajian lanjut akan dibuat dan penubuhan pusat-pusat tersebut akan dibuat mengikut keperluan dari masa ke

Lampiran

Tiada Lampiran.