Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

11) PUSAT DIALISIS RAKYAT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan bersedia untuk mewujudkan pusat dialisis di setiap dun atau bekerjasama dengan pusat sedia ada?

    Untuk makluman Ahli – Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 9/2015 yang bersidang pada 4 Mac 2015 telah bersetuju untuk menjalankan kerjasama strategik dengan Pusat Dialisis swasta yang sedang beroperasi di Negeri Selangor untuk di jadikan sebagai Panel Dialisis Sihat Selangor.

     

    Objektif utama pelaksanaan Panel Dialisis Sihat Selangor adalah bagi membantu pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan dialisis secara berkala di pusat-pusat dialisis yang dilantik dan paling hampir dengan kediaman mereka.

     

    Pelaksanaan program dialisis sebelum ini adalah melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di mana Pusat Dialisis Rakyat (PDR) telah beroperasi di bawah sebuah entiti iaitu Gedung Penawar Sdn Bhd. Matlamat utama sewaktu penubuhan PDR ini adalah untuk menyediakan pusat perkhidmatan dialisis yang terbaik kepada rakyat. Walaubagaimanapun, Pusat Dialisis Rakyat (PDR) sedia ada hanya mempunyai 36 buah mesin dan mampu memberi rawatan kepada 112 pesakit sahaja bagi tahun 2014.

    Strategi pelaksanaan Panel Dialisis Sihat Selangor ini di lihat lebih berkesan, mudah dan berimpak tinggi berbanding dengan Kerajaan Negeri mewujudkan dan menguruskan Pusat Dialisis tersebut sendiri.

     

    Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah memilih, melawat dan mengaudit Pusat Dialisis swasta yang mematuhi semua syarat-syarat yang di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan akan melantik mereka sebagai Panel Dialisis Sihat Selangor.

     

    Kerajaan Negeri telah mengadakan siri lawatan dan audit bersama-sama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi melantik Panel Dialisis Sihat Selangor. Bagi tahun 2015, Kerajaan Negeri bercadang untuk melantik

     

    sebanyak 20 buah Panel Dialisis Sihat Selangor. Majlis simbolik pelantikan akan di adakan pada bulan September 2015.

     

    Sejumlah 22 buah Pusat Dialisis swasta telah di lawat mengikut daerah  seperti berikut: –

     

    Bil Daerah Pusat Dialisis
    1 Petaling Renal Care Dialysis Services Sdn. Bhd.
    2 Petaling Pusat Hemodialisis Mawar
    3 Petaling Pusat Dialysis Mesra S/B
    4 Petaling Persatuan Dialisis Touch Petaling Jaya
    5 Petaling Pusat Dialisis Yayasan Verteran Atm
    6 Petaling Pusat Dialisis An-Nur Seksyen 13
    7 Petaling Pusat Hemodialysis Harmoni (Kota Damansara)
    8 Petaling Klinik Waqaf An-Nur & Pusat Dialisis Sg.Buloh
    9 Petaling Pusat Dialisis Pakar Medi-Nefron Sdn. Bhd.
    10 Petaling Pusat Dialisis Pakar Medi-Nefron Sdn. Bhd.
    11 Petaling Subang Dialysis Centre ( Asia Renal Network Sdn. Bhd.
    12 Petaling Persatuan Dialisis Kurnia Petaling Jaya
    13 Hulu Langat Islah Dialisis Sdn. Bhd.
    14 Hulu Langat Pusat Hemodialysis Harmoni (Sg. Long)
     

    15

     

    Hulu Langat

     

    Pusat Perubatan Dialisis (Cerqofy Sdn. Bhd.)

    16 Klang Caring Dialysis Centre Sdn. Bhd. (Caw Taman Sri

    Andalas)

    17 Klang Caring Dialysis Centre Sdn. Bhd. (Caw Meru)
    18 Klang Pusat Dialisis Nephrocare (Klang)
    19 Klang Pusat Dialysis Mesra S/B
    20 Klang Jerteh Dialysis Centre Sdn. Bhd.

     

    21 Kuala

    Selangor

    Pusat Dialysis Mesra S/B
    22 Kuala

    Selangor

    Yayasan Islam Darul Ehsan (Mais)

     

     

    Antara syarat-syarat lantikan Panel Dialisis Sihat Selangor adalah seperti berikut:-

    1. Pusat Dialisis mestilah berada di dalam Negeri Selangor
    2. Lesen operasi yang masih sah (tidak tamat tempoh) dan di keluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
    • Mempunyai jumlah tempat kosong sekurang-kurangnya 3
    1. Mempunyai kawasan yang bersih, kondusif dan selesa kepada pesakit yang menerima rawatan
    2. Mematuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM
    3. Pusat Dialisis    mestilah    berdaftar    dengan    Sistem               Pembayaran Elektronik Kerajaan Negeri Selangor (SPEK)

    Pada masa hadapan, Kerajaan Negeri bercadang untuk melantik dan lebih banyak lagi Pusat Dialisis swasta untuk menjadi Panel Dialisis Sihat Selangor pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, ianya perlu mematuhi syarat- syarat dan spesifikasi yang telah di tetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.