Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

337) PUSAT DIALISIS RAKYAT (PDR)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pihak manakah yang bertanggungjawab dalam memastikan PDR beroperasi menurut piawaian?

    Pusat Dialisis Rakyat (PDR) telah beroperasi di bawah sebuah entiti iaitu Gedung Penawar Sdn Bhd. Matlamat utama sewaktu penubuhan PDR ini adalah untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor seterusnya menyediakan pusat perkhidmatan dialisis yang terbaik.

    Sehubungan itu, pihak Gedung Penawar Sdn Bhd adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan semua Pusat Dialisis Rakyat beroperasi mengikut standard piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.