Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

163) PUSAT DIALISIS SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah bilangan Pusat Dialisis Selangor dan berapakah kos yang diperlukan untuk mendirikan satu Pusat Dialisis Selangor?

    1. Sebanyak empat (4) buah Pusat Dialisis Rakyat (PDR) telah berjaya diwujudkan dan sebuah lagi masih menunggu kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

     

     

    Bil. Lokasi PDR Jumlah Mesin Jumlah Penerima
    1 Ampang 12 36
    2 Taman Medan 8 15
    3 Sementa 8 27
    4 Lembah Keramat 5 13
    5 Jalan Kebun Masih menunggu kelulusan KKM

     

    Setakat ini Kerajaan Negeri tidak menanggung sebarang kos, namun untuk makluman, kos ubahsuai tidak kurang daripada RM200 ribu (termasuk sistem RO & peralatan water treatment) dan kos peralatan boleh melebihi RM500 ribu untuk satu-satu PDR (RM45 ribu satu mesin). Ini tidak termasuk kos-kos pelbagai yang lain. Terdapat 33 buah mesin hemodialisis digunakan dan terdapat seramai 91 orang pesakit telah menerima bantuan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.