Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

156) PUSAT HEMODIALISIS

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat menambah bilangan pusat-pusat hemodialisis percuma untuk kegunaan rakyat?

    Kerajaan Negeri tidak menyediakan pusat hemodialisis percuma untuk kegunaan rakyat. Namun yang demikian, melalui Program Bantuan Sihat Selangor (BSS), Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta bagi rawatan hemodialisis percuma untuk pesakit yang memenuhi syarat-syarat permohonan. Pesakit yang layak boleh memohon untuk menjalani rawatan di pusat hemodialisis yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kos rawatan maksimum sebanyak RM5000.00 setahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.