Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

175) PUSAT HIBURAN BERLELUASA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat ramai anak-anak muda malah dewasa terlibat dengan gejala sosial malah ramai yang menjadi pelanggan pusat hiburan, rumah-rumah urut dan premis mesin slot judi yang semakin banyak premis-premis seperti ini di mana-mana. Ianya telah banyak memberi implikasi bukan saja kepada pelaku tetapi turut menjejaskan kehidupan keluarga mereka. Apakah langkah berkesan yang dilakukan oleh negeri bagi mengatasi masalah-masalah tersebut?

    Kerajaan Negeri telah pun membekukan lesen pusat hiburan & rumah-rumah urut sejak
    tahun 2008 bagi membendung perkara ini dari lebih berleluasa. Walau bagaimanapun
    bagi premis mesin slot judi haram ia terletak di bawah kuasa Polis Diraja Malaysia dan
    Kerajaan Negeri memerlukan bantuan mereka bagi melaksanakan penguatkuasaan.
    Sungguhpun begitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetap meneruskan operasi
    pencegahan dari semasa ke semasa. Pihak Kerajaan Negeri sedar akan masalah ini
    dan semua pihak terutamanya komuniti setempat perlu mengambil bahagian dalam
    usaha membanterasnya. Masyarakat perlu proaktif dengan melaporkan sebarang aktiviti
    yang mencurigakan dan menyalahi undang-undang kepada PBT agar tindakan lanjut
    dapat dilaksanakan dan secara langsung mewujudkan kesedaran masyarakat awam
    terhadap masalah ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.