Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

103) PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Lanjutan daripada cadangan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di agensi-agensi Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri Selangor menyokong penuh penubuhan TASKA Di Tempat Kerja selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 1989 yang menyatakan bahawa Kementerian/Jabatan/Agensi hendaklah mengadakan kemudahan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak sekiranya sesuai.

    Sehingga Julai 2018, sejumlah 31 buah Taska Di Tempat Kerja (Awam) di negeri Selangor telah berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) 1984.

    Penubuhan TASKA Di Tempat Kerja memerlukan pihak majikan memperuntukkan ruang dan sejumlah kos bagi penubuhan TASKA Di Tempat Kerja. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan  Wanita dan Keluarga telah memutuskan untuk mengadakan sesi taklimat kepada Jabatan Kerajaan Negeri, Jabatan Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan anak syarikat Kerajaan Negeri berkenaan Akta TASKA 1984 dan penubuhan TASKA Di Tempat Kerja sebagai satu usaha menjelaskan dan menggalakkan penubuhan TASKA Di Tempat Kerja di agensi masing-masing.

    Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor juga telah menganjurkan Program Jom Daftar TASKA dan Kempen “Sayangi Anak, Kenali Pengasuh” pada 19 Ogos 2018 sebagai salah satu usaha untuk menggiatkan pendaftaran taska dan sekaligus mempromosi penubuhan TASKA temasuk TASKA Di Tempat Kerja mengikut peruntukan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

    SENARAI TASKA DI TEMPAT KERJA MENGIKUT KATEGORI KERAJAAN NEGERI / PERSEKUTUAN

    BIL. NAMA TASKA DAERAH
    1. Taska Majlis Peperiksaan Malaysia Gombak
    2. Genius Kiddos Childcare Centre Gombak
    3. Taska Murni Gombak
    4. Taska Educare Permata UIAM Gombak
    5. Taska UIA (Pusat Asasi UIAM) Gombak
    6. Taska Qiyanah Gombak
    7. Taska Aura Mawadah HOAG Gombak
    8. Comel Child Care Centre Hulu Langat
    9. Taska Pok Amai- Amai Hasil (APM) Hulu Langat
    10. Taska Vonad Hulu Langat
    11. Taska Balqis Hulu Selangor
    12. Taska Adhwaa (JTK) Kuala Langat
    13. Taska Kolej Matrikulasi Selangor Kuala Selangor
    14. Taska Celik Dinamik Kuala Selangor
    15. Taska Cahaya Mata Angkasa Petaling
    16. Taska SUK Negeri Selangor Petaling
    17. Taska Impian Cemerlang (UITM) Petaling
    18. Taska Haslinda Petaling
    19. Taska Permata Sirim Berhad Petaling
    20. Taska Permata Bonda SKMS Petaling
    21. Taska Si Comel Cerdik (MBSA) Petaling
    22. TASKA Permata PKPS (Jabatan Pertanian) Petaling
     

    23.

    Taska Cahaya Mata (TCM) Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad Petaling
    24. Taska MPSJ USJ 3 Petaling
    25. Taska MPSJ Permata Sari Petaling
    26. Taska Ceria Cerdas (UPM) Petaling
    27. Taska MBPJ Petaling
    28. Taska Permata SIRIM Petaling
    29. Taska MPSJ Permata Sari Petaling
    30. Taska Mutiara PKNS Petaling
    31. Taska Inspen (Jabatan Kewangan) Sepang
    32. Taska Pok Amai- Amai Hasil (LHDN) Sepang
    33. AADK Kids Child Care Centre Sepang
    34. Kidsville MP Sepang Child Care Centre Sepang
    35. Taska Kasih Cahaya Permata MPOB (PORIM) Sepang
    36. Taska Warga Infra Sepang
    37. Taska De Sayang (hospital Serdang) Sepang
    38. Taska UNITEN Sepang
    39. Taska Cerdik Bestari (AADK) Sepang
    40. Taska Inklusif PLPP Sepang
    41. Taska ILIM Sepang

     

Lampiran

Tiada Lampiran.