Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

160) PUSAT JUDI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pusat judi yang berlesen dan tidak berlesen dari 2014-2016 mengikut PBT.

    PBT Selangor tidak melesenkan sebarang pusat perjudian. Kelulusan pusat perjudian adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia di bawah Peruntukan Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289). Data di bawah adalah berdasarkan jumlah operasi bagi pusat hiburan keluarga dan kafe siber dari tahun 2014-2016 mengikut PBT:

    PBT BERLESEN JUMLAH OPERASI PUSAT HIBURAN TIDAK BERLESEN JUMLAH
    2014 2015 2016 2014 2015 2016
    MBSA 2 60 15 11 88
    MBPJ 228 299 124 651
    MPK 321 111 168 600
    MPSJ 0
    MPAJ 0
    MPS 15 20 30 65
    MPKJ 0
    MPSP 0
    MDKL 9 13 22
    MDHS 19 23 31 73
    MDKS 83 83
    MDSB 7 7 7 21
    JUMLAH 9 7 7 643 477 460 1603

    Nota : Sumber dari PBT

Lampiran

Tiada Lampiran.